Thursday, July 2, 2009

Kem Mega Elit PMR Fasa 1

Pada 2 - 4 Julai 2009, pihak PPD Marang menganjurkan program kem mega elit PMR fasa1 yang bertempat di SMK Merchang, Marang Terengganu. Program ini dilaksanakan bagi memupuk kesedaran dan meningkatkan motivasi diri pelajar Elit. Ia juga akan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pelbagai teknik dan strategi pembelajaran berkesan melalui Perkongsian Bestari dengan pelajar terlibat.

Melalui program ini, penekanan ditumpukan ke arah memantapkan penguasaan pelajar dalam 4 mata pelajaran kritikal iaitu Bahasa Melayu, Sains, Matematik dan Geografi bagi memangkinkan pencapaian A dalam peperiksaan PMR 2009. Terdapat 3 buah sekolah sekitar daerah Marang yang terlibat di dalam program ini iaitu SMK Merchang selaku tuan rumah, SMK Tengku Lela Segara dan SMA Marang. Seramai 40 orang pelajar yang mendapat keputusan terbaik di dalam peperiksaan pertengahan tahun dipilih dari setiap sekolah untuk menyertai kem ini.

Semoga usaha yang dijalankan ini dapat memberi ransangan kepada pelajar untuk memacu tenaga, bekerja keras dan berazam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang serta diberkati oleh Allah.Melalui kem ini juga diharapkan dapat melahirkan golongan pelajar yang bertanggung- jawab, menjadi kebanggaan sekolah dan memberi inspirasi kepada pelajar lain.